Keningau- With Allery's Family

Keningau- With Allery's Family

Monday 10 February 2014

Minggu 6 :MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Sistem perpautan ini lebih dikenali sebagai hyperlink. Sistem ini lebih sistematik dan mudah digunakan kerana sistem ini membenarkan pengguna mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan dengan hanya menekan satu klik sahaja. Sistem perpautan ini terbahagi kepada beberapa jenis.


A) Struktur Hierarki

B)Struktur Komposit

C)Struktur Linear

D)Struktur Lingkaran


Struktur Perpautan:




A) Struktur Hieraki


1. STRUKTUR HIERARKI
  • Dikenali sebagai struktur pokok.
  • Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.
  • Peranan guru :
    • Peranan guru menyediakan satu laman web utama yang di dalamnya mempunyai beberapa pautan yang boleh membantu murid-murid menyelesaikan tugasan atau latihan mereka  
  • Peranan murid :
    • Murid perlu melayari laman induk terlebih dahulu untuk melihat struktur perpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.
  • Tahap keberkesanan :
    • Kesimpulannya murid dapat menggunakan satu laman web yang akan menghubungkan mereka kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk utama mereka.
  • Mempunyai satu nod utama dan kemudian bercabang untuk membentuk beberapa nod lain & ia digambarkan seperti satu pokok.
  • Membolehkan pengguna melalui ruang informasi dalam aplikasi yang menarik minatnya dengan memilih jalan menuju ke ruang tersebut.
  • Aplikasi: tutorial yang menawarkan beberapa topik.
  • Cara navigasi:
    • Ke atas dan ke bawah cabang utama atau cabang anak
    • Boleh kembali ke nod utama dalam cabang anak juga boleh kembali ke nod utama dalam aplikasi
  • Kemudahan navigasi adalah penting dalam struktur ini
  • Berkesan bagi aplikasi dimana informasi dibahagi-bahagikan kepada beberapa hierarki
  • Akan mendatangkan masalah sekiranya aplikasi mempunyai terlalu banyak paras informasi -> pengguna hilang arah dalam aplikasi.


Contoh Struktur Hieraki






2. STRUKTUR KOMPOSIT

  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian. 
  • Kesan kepada murid :
    • Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.
  • Kepentingan akses struktur perpautan :
    • Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.


Contoh Struktur Komposit






3. STRUKTUR LINEAR
  • Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja. 
  • Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
  • Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.
  • Struktur linear mampu mengetengahkan konsep zooming kepada informasi yang lebih spesifik.
  • Memerlukan pengguna navigasi ruang informasi melalui satu garis lurus (satu arah atau 2 arah).
  • Sesuai bagi aplikasi kecil & tidak kompleks (tutorial, persembahan slide, sistem tempahan, aplikasi cerita, dll)
  • Variasi kepada struktur linear adalah struktur linear-loncat yang menawarkan kebolehan untuk loncat keluar dari jujukan linear ke menu utama. Dari menu utama pengguna boleh pilih nod lain dan loncat kepadanya.


Contoh Struktur Linear





4. STRUKTUR RANGKAIAN
  • Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
  • Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel .
  • Laman Web yabg mempunyai sistem perpautan
    • en.wikipedia.org/wiki/Malaysia
  • Setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain.
  • Dengan mengklik  sesuatu paparan itu akan diperolehi dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hyperpautan.
  • Walaupun laman web yang dicari berbeza namun setiap laman web berkai rapat antara satu sama lain. 


Contoh Struktur Rangkaian






No comments:

Post a Comment