Keningau- With Allery's Family

Keningau- With Allery's Family

Monday 10 February 2014

Artikel Tentang Isu Internet :Henti kenyataan berbaur perkauman

Henti kenyataan berbaur perkauman


Kuala Lumpur: Semua pihak diminta menghentikan kenyataan berbaur perkauman terutama menerusi laman sosial kerana ia menimbulkan pertelingkahan sekali gus menjejaskan perpaduan nasional. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata isu menyentuh sensitiviti dan menghina agama semakin berleluasa, malah perkara itu dilihat tiada penghujung. 

Sehubungan itu, katanya, polis perlu membongkar ‘dalang perosak keharmonian’ berbilang kaum di negara ini supaya ‘wabak’ itu tidak menyemarakkan api perkauman. 


“Isu itu wajar ditangani kerana penyalahgunaan internet sebagai medan menghambur kata kesat, tindakan subversif, penghinaan agama dan bersifat perkauman semakin menular. 


Bantu berkas individu 

“Justeru, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera menyiasat perkara itu supaya membantu polis memberkas individu yang berani mencemar kesucian agama dan mencabar undang-undang,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 

Kelmarin, akhbar ini melaporkan seorang pemilik akaun Facebook memaparkan gambar kepala babi bersama makanan tradisi Hari Raya, ketupat dan lemang dalam ucapan Aidilfitri. 
Ucapan kad Aidilfitri itu berbunyi for malay muslim... Selamat Hari Raya buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat’ (untuk Muslim berbangsa Melayu... Selamat Hari Raya buat semua, nikmati hidangan kepala babi panggang dengan ketupat). 

Bagaimanapun, Khamis lalu, pemilik berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kerana mendakwa akaun miliknya digodam individu tidak dikenali yang menggunakan gambar profil dan namanya. 

Jailani berkata, jika dakwaan itu benar, Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar menyiasat kesahihan perkara itu kerana dikhuatiri menggugat ketenteraman awam. 

Undang kebencian 

“Isu itu wajar dipandang serius dan tak boleh dipermainkan kerana ia mengundang bibit kebencian antara kaum. Orang awam yang mengesan wujudnya perkara itu, segera buat laporan polis,” katanya. 

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata beliau sudah mengarahkan siasatan segera mengenai perkara itu dan komited dalam menyalurkan maklumat kepada polis. 

“Kita kena siasat perkara itu dengan menyeluruh supaya dalang sebenar dapat dikenal pasti,” katanya.

No comments:

Post a Comment